fbpx

LABEL STICKER – MIRRORKOTE

Mirrorkote merupakan sejenis material sticker Semi-waterproof. Material ‘Mirrokote Sticker’ bersifat  seperti pelekat kertas yang melekat kuat, sering digunakan untuk penggunaan label sticker dalam industri kecil & komersial.

Digunakan secara meluas dalam sektor industri kosmetik, F&B & produk. Sebagai contoh sticker mirrorkote digunakan untuk produk pada botol sos, kicap, barang hamper, botol sanitizer dan pelbagai barangan yang bersifat kering. Permukaannya sedikit licin dan dicetak dengan printer berkualiti tinggi dengan cetakkan waterproof.

KEGUNAAN STICKER MIRRORKOTE

Sticker Mirrorkote sesuai digunakan pada permukaan rata & kering sahaja. Contoh paling mudah pada botol minuman seperti big cup atau botol air mineral, kotak, beg kertas & plastik bungkusan yang lain. Permukaan yang tidak rata dan melengkung seperti botol minyak angin dsb tidak digalakkan kerana kebarangkalian sticker ini tidak dapat melekat dengan baik adalah tinggi.

KUALITI STICKER MIRRORKOTE

Sticker mirrorcoat yang kami gunakan jenis Backsheet Putih (lapisan kertas belakang berwarna putih). Sememangnya kami hanya menggunakan material berkualiti tinggi, sticker mirrorkote yang kami gunakan dari jenis “Avery Fasson”.

Material Sticker Mirrorkote ini menggunakan gam yang lebih berkualiti, lebih kuat dan tiada masalah seperti tertanggal atau melentik di sekeliling sticker. Semua ini kami buat memastikan kepuasan pelanggan

Leave a Comment